Monday 15 July 2013

Misteri cahaya merah

Kaki nyanyi dengan kaki karaoke tu sama ke? oops, tak lah kan?..Eden suka menyanyi, dari kecil lagi. Memang hobi agaknya. Tapi perkara yang nak di ceritakan ada campur mistik sket..haha, seram kan. Takde lah seram sangat, cuma mistik jah.. Kisah ni berlaku waktu eden masih kecil lagi, masih di bangku sekolah rendah kan. Masa eden kecil, rumah eden separuh batu, separuh kayu, rumah orang felda katakan, tapi dah di ubah suai sebab eden ada sepuluh adik beradik, kalau tak diubahsuai mau tak muat nak duduk. Rumah asal felda kecik je, satu master bedroom, satu bilik bujang, kecik nonet, sebab tu la parents tambah sket rumah tu. Tapi eden tak merasa pon duduk rumah asal, sebab lahir je rumah dah diubah, maklumlah, eden anak ke-9.
  
Ookies, berbalik kepada kisah menyanyi tu. Eden suke menyanyi, lagi-lagi waktu hujan lebat, jadi boleh nyanyi kuat sebab orang tak berapa dengar, lagi satu atap rumah pulak atap zink, bertambah rancak la nak menyanyi. Lagu feveret eden waktu kecik- kecik dulu op coz la lagu tradisional, tak de la nak nyanyi lagu michael jackson ke, britney bagai.. Habis-habis internasional pon lagu doraemon, sampai muka pon boleh naik bulat jadi doraemon..hehe (perasan comel)

Satu hari tu, eden pergi jalan rumah jiran sebelah, rumah kawan rapat waktu kecil untuk aktiviti biasa kanak- kanak ribena, bermain. Tak lama lepas tu hujan turun, apa lagi, eden dengan kawan, siti tak lepaskan peluang la menyanyi. Waktu tu kami duduk dekat beranda rumah Siti, dan kami panjat atas para beranda. Mak siti pulak tengah menjahit baju. Memang loudspeaker sampai nak terkeluar anak tekak kami menyanyi lagu ooo hooo baaaalik kampung! Lagu glemer arwah sudirman dulu-dulu, padahal dah memang duduk kt kampung!

Tiba- tiba, gedegung!!!!! bunyi guruh kuat. Rasanye macam dekat sangat pancaran kilat dengan guruh tu. sepantas tu eden perasan ada cahaya merah dalam bulatan dekat sangat dengan kami. Eden beritahu la Siti, pastu siti cakap, jom nyanyi lagi..Jadi kami pon nyanyi loudspeaker macam tadi. Perkara yang sama juga berlaku, punya la berdebar macam nak terpecah dada..Apakah benda cahaya merah dalam bulatan tu???... Tiba-tiba ada orang datang, oh..Rupanaya, kakak eden datang panggil eden suruh balik. Terus la eden mengadu dekat mak siti dgn kakak pasal cahaya merah tu, tapi diorang buat tak tahu saja, biasa lah, orang dewasa kadang-kadang tak percaya apa yang kanak-kanak lihat.

.Sampai hari ni eden masih lagi mencari-cari apa makna cahaya merah bulat tu. Cari kat pakcik google, kata itu adalah aura merah. aura merah adalah aura tak elok mungkin dari iblis dan syaitan. Wallahualam. Kalau ada orang lain yang pernah alami perkara yang sama silalah share. :)


2 comments: