Friday 19 July 2013

Susu getah oh susu getah

Susu getah? eiiii..sapa prnah tngok susu getah?. Ala, kalernya sama macam susu cuma lagi melekit. Getah yang dah keras di panggil getah sekerap. Bahasa omputihnye scrap rubber kot, haha.. hentam jah. Susu getah ni tak le berbau sangat, berbanding dengan getah sekerap, dari jauh boleh bau dah aromanya. Lagi dasat kalau kat kampung eden, tengah tunggu kat traffic light ada juga lori bawa getah sekerap ni, bau dia jangan cakap la. Rasa nak balik rumah mandi.

Ni la susu getah yang dah dikutip
  
Dalam minggu lepas eden nak ke gambang naik moto ala-ala rempit, terserempak dengan lori bawa getah sekerap, tersekat sekali dekat traffic light. Bukan setakat bau je ada, siap airnya terpercik dekat eden lagi, ada la nak dekat sekilometer gerak sekali, lepas tu eden tak tahan eden pintas je lori tu feeling-feeling pelumba motor sensasi. Takut berbau pulak baju, dah la on da way nak pergi meeting, karang tak pasal-pasal satu tempat meeting bau getah sekerap. Dulu-dulu, bagi eden bau busuk getah sekerap ni bau duit. Sekarang harganya bukan main melambung lagi. Masa parents eden menguruskan ladang getah, harganya berapa posen je sekilo. Paling mahal harganya sewaktu berlaku kegawatan ekonomi sekitar tahun 1997-1998. Waktu tu eden berada dalam sekolah rendah lagi.

Getah sekerap yang busuk noks!


Berbalik cerita susu getah tadi. Eden memang ada pengalaman dengan susu getah ni, anak felda lah katakan. Masa eden kecil, waktu cuti sekolah eden suka ikut abang dengan kakak ke ladang getah tolong parents. Bukan tolong manapun, tolong buat bising halau babi.haha.. tolong meramaikan suasana ladang. Satu hari, eden bersemangat tengok parents angkut susu getah. Jadi eden pon bersemangat nak tolong kutip susu getah. 

Parents eden kutip susu getah pakai tong dram besar, besar gila!..mungkitn boleh muatkan 7-10 kilo susu getah sekali angkut. Disebabkan eden kecil, tin untuk eden kecil je. Parents eden bagi tin cat yang kecil dalam 2 liter kot. Untuk kutip susu getah atau getah sekerap.

Eden tengok mak eden angkut tong getah susu atas bahu. Eden pon nak tiru la, letak atas bahu, rasa kuat macam Hulk Hogan lah! Punyalah buat muka bangga dekat kakak dengan abang. Tiba-tiba, kaki eden tersangkut dekat akar pokok. Tak pasal-pasal habis tercurah susu getah kat kepala eden. Eden ingat lagi eden jerit kuat-kuat.. "BUKAK MATA- BUKAK MATA", sebab mata eden tak dapat buka, melekat dek susu getah. Nasib baik kakak dengan abang tolong buangkan getah yang melekat-lekat walaupon diorang gelakkan eden. Padan muka eden, mula-mula berlagak hebat sangat, hehe.

Bila diingat-ingat balik, rasa lucu pon ada. Sebab waktu tu cuak sangat bila mata tak dapat buka, abang dengan kakak pulak gelak-gelakkan. hehe. Sampai besar ni pon, kadangkadang diorang usik eden pasal 'bukak mata' ni.hehe.. Nostalgia sangat susu getah ni. Sekarang dah takde pokok getah kat ladang eden sebab dah tukar sawit..Eden lagi suka pokok getah dari sawit. Pokok getah cantik, buahnya boleh digunakan untuk main batu seremban atau congkak. Kulitnye pula boleh buat keychain. Sekarang kalau pergi nilai 3, ada jual pokok hiasan pakai daun pokok getah! Kalau ada siapa tak pernah tengok, try la tengok kat sana.

Biji getah. Corak kan main macam telur puyuh, jangan tersilap dengan telur puyuh sudah

Feeling-feeling filem hindustan kat sini..hehe

No comments:

Post a Comment