Wednesday 14 August 2013

Ekspedisi Taman Negara, Pahang

Awal bulan 5 dulu2..eh, tahun ni la, eden jadi pembantu jurulatih trekking di universiti eden. Jadi, lepas habis kelas teori, eden pun bawa la student pergi camping di Taman Negara di Jerantut,Pahang yang Makmur.
Rombongan bertolak pukul 3 petang dari Gambang dan sampai di sana dalam pukul 7 malam, sebab ad banyak buat pitstop.hehe..Pergi dengan sebuah bas dan 1 pacuan 4 roda, seramai 40 pelajar dan 4 pengiring. Kami pergi ke Taman Negara tu dengan pakej. Murah juga lah pakejnya sebab ada kawan kenal dengan tourguide yang uruskan pakej. Tourguide tu pon orang jengka 11. Kira orang felda macam eden juga lah. Masa perjalanan tu rasa sangat jauh dan penat lah, mungkin sebab bertolak petang.

Kami berhenti di masjid jerantut untuk solat asar. Untuk pengetahuan, depan masjid ni ada jual kambing golek, rasanya memang kaw la, sedap gila. Kalau berkesempatan ke sini, jangan lupa try. Ada kejadian agak lucu sikit berlaku kat masjid ni. Ada la student lelaki berborak dengan 2 orang brader ni. Brader tu nak ke Taman negara juga, cuma bas diorang terlepas, jadi diorang nak tumpang bas kami ni. Dalam hati takut juga diorang ni perompak ke ape ke..Pengiring lelaki benarkan je diorang naik. Alhamdulillah, tak ada apa yang berlaku. Sampai juga kitorang kat Taman negara dengan selamat.

Kanank-kanak ribena nih, awal-awal sampai dah posing!

Sampai je tapak khemah, kene bagi taklimat kepada anak-anak, cewah!. Lepas tu berjumpa dengan tourguide dan ahli JPAM jerantut yang ikut program ni. Eden suka biar student uruskan kerja- kerja camping ni, sementara eden memerhati je mereka ni buat kerja. Dalam kelas teori dah ajar, jadi aplikasikan je. Pengiring dapat duduk hostel, kesian pulak student duduk khemah. Tapi hostel pengiring ala kadar je la, takde macam resort bagai. Sesuai untuk destinasi bajet gitu. Hostel dengan tapak khemah berada di seberang Mutiara Taman Negara. Kiranya bila nak beraktiviti kene naik bot ke seberang. Kos seorang adalah RM1. Aktiviti malam tu hanyalah setting khemah, susun atur tapak khemah, dan taklimat program. lepas tu kumpul daya a.k.a tido, haha. Ada juga yang dok menyantap malam tu, student lelaki la tu, dok makan megi memalam buta. First time eden duduk hostel macam ni, culture shock sikit sebab depan bilik eden, bilik pengiring lelaki. Bilik sebelah mat saleh, ada mat salleh Jerman. Tingginya mak aih, lebih dari galah! Kira macam dorm hostel, nasib baik toilet asing-asing.

Ni la hostelnya. Bilik lengkap berkipas, 2 katil double dan 1 katil queen

Paginya, bermula lah aktiviti kami. Camping kat sini, eden suruh student masak sendiri, xmau ambil pakej makanan, karang tak merasa la diorang ni cara masak di hutan. 40 student tu, dibahagi kepada 5 group. Pagi-pagi, selepas solat subuh berjemaah, student kene masak. menu pagi tu nasi goreng, telur dadar. Sandwhich juga disediakan untuk bekalan jungle trekking pagi tu.Pengiring pon kene masak sendiri tau. Eden mula-mula dah tibai nasi goreng yang student masak. Untuk bekal pulak, eden dengan kawan masak sardin kosong je, bawa dalam mess tin dan roti sandwhich. Simple je, nak makan dalam perjalanan, bukan berkelah. Lepas bersarapan, buat warming up, tourguide bawa kami ke Mutiara Taman Negara. Memang fresh la udara kat sini, pas tu banyak mat salleh hensem. cuci mata betul. Sampai disana, kena ambil pas untuk ambil gambar, kalau tak ambil, tak boleh ambil gambar tau! Mula-mula kami sampai ke jambatan gantung tertinggi di dunia!...Lama jugak la tunggu giliran, naik mengantuk, sebab kanopi tu boleh naik 4 orang je dalam satu masa, bayangkanlah. Bila naik tu, puas hati betul, dah lupa dah rasa nak mengamuk sebab tuggu lama. nasib baik eden bukan jenis gayat kat tempat tinggi, memang seronok naik jambatan tu. Sayangnya ada jambatan gantung yang ditutup untuk maintainance. Yang lawaknye, kat situ la kami jumpa 2 orang penumpang bas kami, rupanya diorang tu cikgu sekolah!

Lepas tu bergerak lagi ke teluk simpul. Belum sampai lagi, ramai yang dah semput. Ada student sampai minta air hundred plus yang eden bawa. Eden dah ingatkan student supaya bawa air setiap sorang. Eden bawa hundred plus, air kosong dengan coklat. Tapi tak termakan pon coklatnye. Sampai teluk simpul, kecewa sikit la, sebab malam sebelumnya hujan, jadi airnye tak berapa cantik la. Tengok kat pokcik google sebelum ni punye la cantik, sebab hujan, jadi air jadi keruh sikit. Kami berhenti makan bekalan disitu. Eden makan bekalan dengan kawan eden dan seorang sukarelawan JPAM (wanita). Nak ajak anggota lelaki makan, segan le pulak. Anggota JPAM lelaki memang kental la, dirang tak makan pun. Mengikut maklumat, diorang tu memang biasa macam tu. Ada 3 sukarelawan yang ikut, 2 orang lagi tinggal di khemah. 2 orang lelaki yang ikut tu, salah sorangnya memang anggota khas dalam masuk hutan ni. Eden nak juga korek tips-tips hutan dari dia, tapi dia macam pendiam, segan lah nak tanya. Seronok makan bekalan kat tepi sungai tu, makanan yang ala kadar pon boleh habis!

Petangnya, sampai la kami ke tapak khemah. Semuanya kepenatan. Balik-balik je tapak khemah, student solat asar lepas tu kene berkemas masak untuk makan malam. Eden, macam biasa, masak makanan yang simple, bubur segera dengan lauk sadin buta. (Sardin buta sebab tak letak apa-apa, garam pon tak letak). Student pakat letak secukup rasa dalam makanan, eden tak boleh nak telan. Sebelum makan malam, eden dengan kawan pergi berjalan ke taman negara untuk feeling-feeling tourist sambil baca novel kat taman negara. Eden jumpa kijang bertaring kat situ, jinak pulak tu. Rasanya, kijang tu jenis yang menghasilkan bintil kesturi untuk dibuat minyak wangi.

ni la, Mutiara Taman negara, starting point kita ye. Challet dan restoren kat sini cantik.

Sungai di blakang tapak khemah

Ingat pesanan penaja, ya!

Ikan di akuarium tu, besarkan.. Jangan cakap eden yang besar

Posing sikit..waktu balik, selipar eden putus, kene beli lain. Beli di pengkalan, murah sikit dari kedai kat sini

Malam tu ada aktiviti nightwalk. Eden dengan lagi sorang pengiring  (kawan eden) tak ikut sebab trekking waktu siang tu kawan eden kene gigit pacat. Jadi biar pengiring lelaki, guide dengan 3 JPAM bawa student. Eden dengan kawan menikmati milo ais sambil baca novel di kedai makan terapung. Best tau. Menu makanan kat situ kebanyakannya western food. Sebelum tu ada bagitau kt  2 orang tourist Jerman, mungkin susah nak cari makanan western kat sini, padahal berlambak, haha. Tourist Jerman tu, student UPM. Tak sangka pulak, gigih betul diorang ni pergi mlancong waktu cuti. Tu la kawan eden cakap, bezanya orang dari first world country ni. Malam tu baca novel sambil tunggu student balik dari nightwalk. Ada sorang student tergeliat kaki, nasib baiklah ada pengiring JPAM yang menyelamatkan keadaan sebab kebanyakan student tak pandai sangat bab- bab orang tergeliat ni, kalau luka je, ok la.

Masuk hari terakhir, program last pagi tu ialah rapid shooting. paling ditunggu-tunggu. Kos seorang untuk aktiviti ni ialah RM 20 satu kepala. Ada 4 team berlawan untuk rapid shooting. Rapid shooting ni ialah permainan tembak menembak air kepada pihak lawan. Seronok tak terkata sebab eden memang suka aktiviti air, dah la air nya sejuk, air sungai dalam hutan lah kan, bayangkan la. Kami juga di bawa ke satu hentian untuk mandi manda, kemudian balik ke kem semula dan berkemas untuk pulang. Sarapan pagi tu, eden gorengkan jemput-jemput bilis cicah dengan sos. Balik dari aktiviti rapid shooting tu, perut memang lapar, habis jemput-jemput tu kami makan. Pukul 3 petang, kami bertolak balik. Macam biasa, singgah di masjid jerantut untuk solat asar dan singgah di R n R Temerloh untuk makan.  Sampai sini je, bye-bye taman negara! Rasa macam nak pergi lagi tahun depan. Pengiring pergi free, tu yang seronoknya!


Tekun dengar ceramah

Tekun memasak!

Taman negara










No comments:

Post a Comment