Saturday 24 August 2013

Mari Berkanu (Kayak)

Eden memang minat aktiviti outdoor ni, cuma tak derlah yang extreme mane pon. Eden paling minat aktiviti air la. Snorkelling, kayak, dan renang. Yang extreme2 tu blom try lg. Kalau masuk hutan, memang wajib ke tempat yang ada air..hehe..Dulu eden ada pergi kursus kanu. Dah pergi kursus ni, katenye boleh le kalau nak jadi pembantu jurulatih ke. Eden pergi kursus ni di Kuala Ibai, Terengganu dalam tahun 2010. Bayarannye RM100 je rasenye sebab selebihnya Universiti yang tanggung. Bayaran ni termasuk kelas teori, praktikal, exam, buku teori dan makan minum sekali. Examnye ada 2, praktikal dan bertulis. Time praktikal ni memang hazab.

Perkara yang perlu sebelum belajar berkayak (kayak ni salah satu cabang kanu) ialah seseorang tu perlu tahu berenang. penting la kan. Kalau kayak terbalik, nak kene berenang juga. taoi jurulatih akan ajar juga teknik asas renang. Jadi, eden dengan kawan-kawan memang kene rendam kat are dekat dengan bawah jambatan Sultan Mahmud, tu. Muka, jangan cakap la, bukan setakat hitam, mengelupas lagi.

Lepas tu, diajar teori dan pegang pendayung atas darat. Ada la diajar beberapa teknik dayung (boleh rujuk buku kayak penulisnye orang Malaysia juga. Lepas tu, barulah avtivit yang ditunggu, turun ke laut berkayak. Best memang lah best, tapi sakit tangan jangan cerita la, sebab kene aplikasikan teknik. Belajar rescue paling penat.Eden dah le pendek, waktu kene terbalikkan kayak tu, hazab juga nak pusingkan balik. Perlu cepat-cepat sebelum air masuk ke dalam kayak, kalau tidak berat, kena tolak dengan satu tujahan pantas. Eden dalam hati, kalau betul-betul berlaku kayak terbalik waktu eden tengah berkayak, mau je eden tinggal kayak tu, berat kot...haha

Kayak untuk berlumba macam di sukan rasmi, selalunya jenis kayaknye lain. Muncungnya lebih tirus. Kalau beginner memang kena banyak berlatih imbang badan dengan kayak tu sebab kayak tu mudah terbalik berbanding kayak biasa. Sape yang suka sukan air ni, boleh la try pergi kursus kayak, memang banyak benda yang kita boleh tau!

 Ni lah tempatnye, di Kuala Ibai, terengganu.


Posing je lebih

 Waktu air surut

 Sedang berlatih

Dengan kawan-kawan eden. Muke macam kanak-kanak ribena je memasing.


No comments:

Post a Comment