Saturday 31 August 2013

Jatuh motor!

Hari semalam (Jumaat, 30/8) memang hari bersejarah untuk eden. Bukan sebab hari ni hari merdeka, tapi sebab jatuh motor semalam!!!!! Memalukan betul. Pagi tu kawan eden ajak eden pergi east coast mall. Bukan pergi berjimba-jimba pon, pergi beli meal replacement kat GNC. Eden ahli GNC, jadi boleh la dia dapat diskaun pakai member card eden.

Jadi, pagi-pagi tu eden bersiap, pukul 9 nak gerak dari kampus ke ECM (east coast mall). Lepas tu eden bru teringat eden lama tak bawa motor, jadi mungkin payah nak hidup motor ni, alamat terlewat le sket pi kluar ni. Eden tak warm up pon motor eden, dah start, eden trus gerak. Memang le ada semput-semput sket, tapi selalu ok je. Dari hostel eden, nak ambil kawan, kene ambil dia di kampus dalam. Eden tinggal kat seberang jalan depan universiti. Jadi kene naik jejantas ke kampus dalam. Guna jalan biasa pon boleh sebenarnya, cuma eden nak cepat, kalau guna jalan biasa kene uturn bagai, jauh sikit jalannye. Lagi satu option, lintas je bawah jejantas tu, tapi eden tak nak amik risiko, penat je JKR buat jejantas tu untuk keselamatan student, tak ikut rugi je.

Nak dijadikan cerita, waktu nak naik ke jejantas tu, motor eden semput sikit di cenuram, jadi terundur dan eden terbrek, so, imagine la apa yang jadi! Skreeet!!!... eden tergolek dok kat situ. Dah le tempat eden jatuh tu dekat dengan bus stop, pagi -pagi ramai pulak orang dekat situ..malu gila. Eden cepat-cepat cuba angkat motor , huhu, gigih tau, tapi motor tu berat, amik masa sket. Berlari la, 3 orang pakcik guard yang jaga hostel tu tolong eden...huhu, eden malu gila, tapi eden gelak2 sebab nak coverina. Thanks kat pokcik guard. Tolong angkat motor, cek kan moto and tanya eden ok ke tak. huhu, eden terkena 'shocking' je, sebab tangan eden menggeletar. cedera lain-lain takde. pastu pakcik guard tu cheer kat eden, naik moto tu trus press je minyak, takyah undur2, huhu, lepas juga ke kampus dalam. Eden terus pergi ambil kawan dan pergi ECM naik motor. Sebelum ni eden tak pernah pergi ECM dengan motor, selalunya naik bas je, nampak sangat eden tengah shocking!..hehehe..pengajarannye ialah kalau dah lama tak bawa kenderan tu, silalah warm -up dulu and jangan buat benda-benda yang memalukan lagi, hehe..Eden malu sampai rasa taknak pakai baju biru yang eden pakai waktu eden jatuh, sigh! my favourite baju tuh..

P/S: eden memang suka shop waktu hari jumaat coz bila tengahari tak ramai lelaki

No comments:

Post a Comment