Monday 21 October 2013

Carta lagu menarik 3

Lagu Sebuah Pertemuan. Lagu ini kawan eden bagi kat HP eden. Dah beberapa tahun eden simpan. In Sha Allah eden akan simpan selama mungkin. Kita akan jumpa kawan baru dalam hidup, itu semua ada hikmah dan ada sebab  dalam sebuah pertemuan.Harap-harap eden dikelilingi kawan-kawan yang baik dunia akhirat..:)

Sebuah Pertemuan

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


 


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman



Sumber http://www.hijjaz.com.my
------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan lirik-lirik nasyid di http://www.liriknasyid.com
eXpresi PENYEGARAN diri
-----------------------------------------------------------------------------------------

Sunday 20 October 2013

Adventure di Hutan Lipur Berkelah, Pahang

Pada hari Ahad, eden rasa gatal-gatal nak pi jogging kat tempat ada air sungai atau air terjun. So, hari Sabtu, eden tanya kawan eden samada dia free pada hari Ahad untuk brjogging di hutan Lipur Berkelah. Eden memang tak pernah pergi kat sini. Eden cari kat encik google, tengok gambar-gambar macam menarik je. Eden bayangkan tempat ni lebih kurang sama macam tempat air terjun rekreasi macam di tempat lain, seperti Kuala Sentul, Lata Tembakah ataupun Bukit Chakak tu.

So, pada hari yang ditunggu, eden bertolak pada pukul 8 pagi eden ke rumah sewa kawan eden untuk mengambil beliau. Selepas itu, eden teruskan perjalanan, kiranya dari gambang nak ke berkelah tu ambil masa dalam 15 minit untuk sampai di kawasan perkampungan kg Bungor tu. Eden ingatkan kat tepi-tepi tu je dah ada air terjunnya, rupanya kena masuk ke dalam.Dekat-dekat rumah orang tu ada juga air sungai jernih, tapi cetek la. Nak masuk ke dalam tu tak ada jalan tar, jalan berbatu-batu. So, eden decide untuk parking motor kat rumah orang, selamat sikit. Alang-alang ada satu rumah kat situ macam ada buat kenduri kawen, eden nampak ada khemah bagai, so sesuka hati je eden parking kat situ, hehe, selamat kan..

Lepas tu kitorang pon berjalan le kat denai hutan tu. Mula-mula macam hepi je, tapi eden mula rasa takut sikit la sebab tempat tu macam hutan tebal, xde orang pon. Eden bayangkan ramai orang. Tengah jalan tu, tiba-tiba bunyi mende jatuh, apa lagi, cuak le kitorang. Kitorang pon pusing balik, sambil jalan-jalan tu kitorang decide untuk main air kat tempat cetek tu je la, dekat dengan rumah orang. Lepas fikir-fikir balik, mungkin tu binatang biasa ataupon ayam kot, so kitorang pergi balik ke jalan tu untuk teruskan perjalanan ala-ala lengang mak limah. Tiba-tiba bunyi binatang menderam, macam bunyi BAB 1 je, eden cakap kt kawan eden. Apa lagi, kitorang pusing balik, jalan laju, kawan eden kata jangan lari, takut menatang tu dengar, bahaya tu, nak-nak kalau yang ada anak, memang garang le, dua tiga kali juga la bunyinye. Mengah tau berjalan laju.Lepas tu kitorang decide untuk naik motor je la, kalau emergency boleh pecut laju. Jadi, kali ke -3 barulah betul-betul kitorang masuk sampai jumpa signboard jambatan runtuh tu. Jauh juga rupanya, kalau berjalan kaki entah bila lah kitorang sampai, dalam 45 minit kot kalau berjalan kaki, tu pon sampai dekat jamabatan runtuh tu je.

Sampai kat situ kitorang tangkap-tangkap gambo, main-main air sat. Ingatkan takmo mandi, baju pon tak bawa, tapi terliur tengok air yang jernih kehijaun, apa lagi, berendam je la. Sejuk woo!
Air yang kehijauan tu kat belah kanan

Mula-mula sampai, beliau takmo cabut helmet


Eden nampak ikan puyu kat sini

Damai nye


Syok-syok kitorang mandi sambil bergosip, tiba-tiba terdengar suara makhluk lain,hehe, orang lain. Rupanya orang baru datang nak bermandian kat sini. Ada satu family naik hilux datang, disebabkan jambatan runtuh, diorang rentas kat sini untuk masuk ke dalam lagi. Baru eden tahu, rupa-rupanya kene masuk dalam lagi kalau nak jumpa air terjun cantik! Lepas tu ada pula sekumpulan lagi, macam student, datang nak masuk ke berkelah, lepas tu makin ramai manusia, ada yang dok makan nasi kat tepi, terliur pulak. Kitorang pon rasa teringin nak masuk kedalam lagi, nak tengok macammane rupanya tempat ni. Jadi, kitorang rentas air dan berjalan kaki, lepas tu nampak la tapak rekreasi. Cantik juga tempatnya


Kawan eden berposing

Lepas tu kitorang berjalan lagi kedalam. Dah macam jungle trekking pulak. Ada denai bersimen kat sini. Tengah berjalan tu, terjumpa la pokok periuk kera, menarik kan! Kat sini pon ada banyak pokok Melaleuca cajuputi . Kalau sesiapa nak cari pokok ni sebagai sampel untuk eksperimen, boleh datang kesini. Dalam perjalanan tu juga eden ternampak 3 spesis semut, tapi eden sempat tangkap gambar 1 jenis je.2 spesis semut hitam kecil dan 1 spesis semut hitam besar yang tak berbisa (selalu budak-budak buat main lumba masa eden kecil dulu).

Periuk kera

Spesis semut hitam sedang bekerja

Kitorang berjalan sampai air terjun 1 je. Sampai dah takde denai bersimen. Kalau nak pergi keatas lagi boleh, ada bekas denai orang yang berjalan ke air terjun kat atas. Suasananya memang cantik, dengan pmandangan kabus dan bukit bukau, rasa macam menarik je kalau dapat pergi naik lagi. Tapi kitorang berhenti setakat tu je sebab jauh juga kitorang berdua masuk, terjumpa lagi dengan family yang naik hilux tu, pemandu hilux tu tegur, beraninya naik ke atas, 2 orang je pulak tu. Eden gelak je. Samapi situ je la kitorang naik. Menarik juga trekking ni. Lain kali boleh pergi lagi beramai-ramai.



Spesis-spesis pokok yang menarik perhatian

Tapak air terjun 1

Sampai di denai last yang bersimen
Feeling-feeling bergambar kat tempat tinggi la kononnye

Masa perjalanan balik, kitorang singgah beli keropok lekor dengan pisang goreng (bagus punya diet,hehe). Eden dapat info dari kakak yang jual pisang goreng tu, dia kata orang yang pergi masuk kedalam tu kebanyakannya naik lori, xpon hilux. Kena tunggu kat kedai makan dekat masjid kampung ni. Kena inform orang kedai makan tu, dia akan call lori untuk hantar. Xpon orang kedai tu hantar pakai hilux. Bayaran dalam rm6-7 satu kepala. Macam tu rupanya, baru tau, eden pergi main taram je, hehe. Naik motor pon ok ape. Lain kali kalau nak pergi ramai-ramai, boleh le naik lori, untuk bercamping kat Hutan Lipur Berkelah ni!




Friday 18 October 2013

Nickname

Apakah nama nickname kamu? Berapa nickname yang kamu ada. Eden banyak juga nickname. Family eden panggil eden uyuy, kadang2 nurul. Kadang- kadang mak eden panggil eden achik, nama pangkat anak kedua last. Masa kecik ada jiran panggil eden apple sebab pipi eden bulat macam apple.hehe..macam comel je eden ni kan. Masa kecik eden prnah koma 10 hari. Bedah, masuk air, tu yang tembam sikit. kakak cakap lepas bedah badan eden jadi macam kental-kental sikit. Masa tu umur 5 tahun. 

Masa sekolah rendah, eden suka potong rambut pendek. Satu hari, eden pg rumah kawan eden sebab dia nk tunjuk sesuatu. Masa sampai, eden nampak mak dia. Mak dia pon tanya dalam dialek kelantan 'Mu nok gapo awe'? Rupanya dia panggil eden Awang. Masa dia datang rumah eden dia terkejut la jumpa, dia cakap kt mak eden..'Laa, anok mu Sarah, jate ko tino? Mak eden cakap la tino..Rupanya dia ingatkan eden ni budak lelaki, cis..Patut la panggil eden awe.(Awang) Lekat sekejap orang ejek eden awe.

Kat sekolah, kawan-kawan eden panggil shikin. Kawan rapat eden panggil eden Ikin, eden tak suka nickname tu. Ada kawan eden yang lelaki panggil eden Ikin sebab dia kata name tu lembut sikit, eden ni ganas, so kene panggil Ikin kasi lembut sikit. Eden ni bukannya kasar pon

Masa sekolah menengah, nickname eden CK, Makelele (yang ni sbb minat bola, sempena name pemain bola perancis!), Ash (geli la pulak name ni macam bunyi a*s)..Waktu degree nama sketchbook, shazzy drogba (name pemain bola dan nama untuk kelas perancis sbb madame asyik panggil eden nurul ain), ckzimase (nama enzyme zimase)

Orang kata nickname ni kadang-kadang alter ego kita. Ntah la, dpends kot, kadang-kadang nickname tu orang yang bagi. Eden suka nama Shazzy Drogba or ckzimase, unik! Mungkin tu la alter ego eden. Nama nickname yang eden create bukannya random. memang ada sebab. Nama yang eden create, shazzy b drogba, ckmakelele and ckzimase..Senaraikan nickname yang kamu create dan apa sebabnya.

Wednesday 16 October 2013

carta lagu menarik 2



Lirik Lagu Takkan Terpisah - Black (OST Jodoh Itu Milik Kita)

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku
Tersimpan takkan pernah berubah

Andainya kau tahu
Apa maksudku lafazkan cintaku padamu
Dengan cara yang berbeda
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa

Korus
Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta

Takkan terpisah......
Takkan terpisah.....

Andai ku tak mampu
Leraikan semua kekusutan yang melanda percintaan kita

Mungkin ini semua
Tetap menjadi satu pertanyaan selagi hati belum ada kepastian
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa,

Korus
Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa,
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta..

Takkan terpisah..
Takkan terpisah..

Demi cintaku….
Demi cintamu….

Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta…

Takkan terpisah
Takkan terpisah

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku



Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/08/lirik-lagu-takkan-terpisah-black.html#ixzz2hwpxB9sI

Thursday 10 October 2013

Adventure!

Whoever had been handling camping by them self when they are still in primary school? well, i'm one of them!

I still remembered when i was in standard 5. One of my friend, Black, is going to another school because he had to follow his father who had to transfer to a new place. So, be fore he left, he really wanted to go camping in the jungle as he never went there before. So, i decided to bring him to the jungle near my father's farm in Jengka because i knew the route by heart. There are 6 peoples in our group, 4 boys and 2 girl and i'm the head of our 'little adventure'.

We planned to go on weekend. I prepared my backpack with simple gadget for one day only complete with meal to be cook. As the day came, only four of us managed to get permission to go, 2 girl and 2 boys.
We gather at my house early in the morning, me, black, yus and azi with our own back pack.

We go camping by walking. It is about 5 km from my house. After some walking, we arrive in the jungle which our camping site is near to a river. We set our place and i showed them around the jungle. i Still cannot believed that i went there without any adult guide. I showed them some beautiful view of the jungle, listening to the voice of the jungle and spotting some birds and monkeys.



After that we went fishing and take bath at the river. We enjoyed rafting at the river using the old timbers. When its time for lunch, i prepared the meal. I cooked the rice in can and  grilled the fresh fish! How refreshing it was. After lunch, we prepared to go back. Unluckily, one of my friend, black had stepped unto a sharp stick and cut his sole. I'm responsible for what had happened. I bandaged his sole and luckily he can walk slowly. He is a strong little boy because he did not cry, he jost became shocked because of the blood. After that, we walk back slowly until we were out of the jungle. When we reached the village, we met Black's father who was on his way to a shop. We were relieved, then Black and Yus were going back together because their house were on the same rout by riding on the motorcycle with Black's father. We bade goodbye and promised to see each other at the school on Monday.



Well, that was the story of my first 'little adventure' with my friends some years ago. It was wonderful and i will never forget about it. 

Monday 7 October 2013

Felda zaman dulu dulu

Pagi tadi mak eden cerita waktu mula-mula dulu dia datang di felda Jengka 7 dengan abah dan 2 anak yang masih kecil pada wal 70-an. Lucu pula dengar  cerita mak. Kata mak, mereka datang sini dengan kereta yang dipandu Pak ngah (Abang mak), nenek pon ikut sekali. Kereta tu penuh dengan baran-barang yang di bekal atuk, minyak tanah, beras, tepung, hatta kayu api pon ada sekali.

Mak cerita, sebenarnya atuk keberatan nak bagi mak duduk jauh dari matanya, biasa la ayah walaupon anaknya dah berkahwin sebab atuk tak banyak anak perempuan, ada 2 je dari 6 beradik. Mak cakap mak nak cuba duduk di felda ni, macamana rasanya kerja kampung. Sebenarnya abah eden pon taknak duduk di felda sebab sampai kat sini tempatnye dalam hutan, semak pulak tu. mak pujuk abah cuba duduk untuk sebulan, abah pon makan pujukan mak sebab mereka datang jauh nun dari selatan tanah air, Johor untuk berhijrah ke Pahang.

Masa mula-mula pilih rumah, mak pilih rumah bahagian tengah, tanahnya rata, dekat dengan air paip. Bahagian luar kawasan rumah sangatlah semak, dalam rumah pula penuh dengan tahi tikus yang besar. Mak dengan abah pon mula la menarah kawasan rumah walaupun baru sampai, dari siang sampai la ke malam. Malamnye pula pasang pelita sebab elektrik belum ada lagi. Bekalan air bersih dari paip dah ada, senang la.

Macam ni la rumah felda yang asal (ni kira dah kemas kawasan rumah)

Esoknya pula, abah pergi ambil benih rambutan, mempelam dan kelapa dari pejabat felda yang diberi secara percuma untuk ditanam di sekeliling rumah. Kemudian, abah berjalan kaki pula ke jengka lain, jengka 6, 4, 5 untuk minta benih dari orang lain. Macam tak caya pula sikap orang dulu-dulu, memang jenis bantu membantu. mak cerita banyak la benih pokok abah dapat, benih jagung, ubi, macam-macam lagi la. Yang lucunya, mak cerita bila abah pergi ke jengka 4, terjumpa lah dengan kawan dia, kawan dia pon bagi la seguni ubi, mak cakap abah pon pikul la bawa balik macam orang tak betul..hehe..

Jengka 7 ke jengka 4 tu jauh juga. Tak dapat bayangkan, berjalan kaki je pergi ambil benih. Macam tu la susah senang orang felda bila mula-mula datang. Kedai runcit masih lagi tiada, nak makan sayur kena tanam dan petik je bila nak makan sebab ada banyak pokok sayur yang tumbuh meliar macam pucuk ubi dan pucuk paku. malam-malam boleh nampak pejabat felda yang terletak di atas bukit dari rumah. Mak kata seronok nampak orang baru sampai di pejabat felda untuk mendaftar masuk dari pagi sampai malam sampai subuh. Alamt penat lah petugas-petugas felda dulu-dulu, memang mereka ni bertugas dengan berdedikasi sekali.

Orang felda kat sini masa mula-mula, jenis tak keluar malam sebab gelap gelita, tak berapa ramai orang lagi yang ada.Binatang buas pon masih ada. Bantuan makanan kering diberi juga oleh felda, dibawa masuk pakai helikopter kata mak, katanya hasil pinjaman dari bank dunia oleh pihak kerajaan, diagih-agihkan kepada penduduk felda. Dapatlah makanan asas seperti beras, tepung dan susu. Tapi tepung dan susu kebanyakannya dah berulat, mbenda percuma katakan. Tapi orang dulu-dulu dengan tabah terimanya, mereka tapis tepung dan susu sebelum makan. Bermula lah kehidupan keluarga-keluarga felda disini yang akhirnya berkembang ke anak cucu.