Friday 18 October 2013

Nickname

Apakah nama nickname kamu? Berapa nickname yang kamu ada. Eden banyak juga nickname. Family eden panggil eden uyuy, kadang2 nurul. Kadang- kadang mak eden panggil eden achik, nama pangkat anak kedua last. Masa kecik ada jiran panggil eden apple sebab pipi eden bulat macam apple.hehe..macam comel je eden ni kan. Masa kecik eden prnah koma 10 hari. Bedah, masuk air, tu yang tembam sikit. kakak cakap lepas bedah badan eden jadi macam kental-kental sikit. Masa tu umur 5 tahun. 

Masa sekolah rendah, eden suka potong rambut pendek. Satu hari, eden pg rumah kawan eden sebab dia nk tunjuk sesuatu. Masa sampai, eden nampak mak dia. Mak dia pon tanya dalam dialek kelantan 'Mu nok gapo awe'? Rupanya dia panggil eden Awang. Masa dia datang rumah eden dia terkejut la jumpa, dia cakap kt mak eden..'Laa, anok mu Sarah, jate ko tino? Mak eden cakap la tino..Rupanya dia ingatkan eden ni budak lelaki, cis..Patut la panggil eden awe.(Awang) Lekat sekejap orang ejek eden awe.

Kat sekolah, kawan-kawan eden panggil shikin. Kawan rapat eden panggil eden Ikin, eden tak suka nickname tu. Ada kawan eden yang lelaki panggil eden Ikin sebab dia kata name tu lembut sikit, eden ni ganas, so kene panggil Ikin kasi lembut sikit. Eden ni bukannya kasar pon

Masa sekolah menengah, nickname eden CK, Makelele (yang ni sbb minat bola, sempena name pemain bola perancis!), Ash (geli la pulak name ni macam bunyi a*s)..Waktu degree nama sketchbook, shazzy drogba (name pemain bola dan nama untuk kelas perancis sbb madame asyik panggil eden nurul ain), ckzimase (nama enzyme zimase)

Orang kata nickname ni kadang-kadang alter ego kita. Ntah la, dpends kot, kadang-kadang nickname tu orang yang bagi. Eden suka nama Shazzy Drogba or ckzimase, unik! Mungkin tu la alter ego eden. Nama nickname yang eden create bukannya random. memang ada sebab. Nama yang eden create, shazzy b drogba, ckmakelele and ckzimase..Senaraikan nickname yang kamu create dan apa sebabnya.

No comments:

Post a Comment