Sunday 20 October 2013

Adventure di Hutan Lipur Berkelah, Pahang

Pada hari Ahad, eden rasa gatal-gatal nak pi jogging kat tempat ada air sungai atau air terjun. So, hari Sabtu, eden tanya kawan eden samada dia free pada hari Ahad untuk brjogging di hutan Lipur Berkelah. Eden memang tak pernah pergi kat sini. Eden cari kat encik google, tengok gambar-gambar macam menarik je. Eden bayangkan tempat ni lebih kurang sama macam tempat air terjun rekreasi macam di tempat lain, seperti Kuala Sentul, Lata Tembakah ataupun Bukit Chakak tu.

So, pada hari yang ditunggu, eden bertolak pada pukul 8 pagi eden ke rumah sewa kawan eden untuk mengambil beliau. Selepas itu, eden teruskan perjalanan, kiranya dari gambang nak ke berkelah tu ambil masa dalam 15 minit untuk sampai di kawasan perkampungan kg Bungor tu. Eden ingatkan kat tepi-tepi tu je dah ada air terjunnya, rupanya kena masuk ke dalam.Dekat-dekat rumah orang tu ada juga air sungai jernih, tapi cetek la. Nak masuk ke dalam tu tak ada jalan tar, jalan berbatu-batu. So, eden decide untuk parking motor kat rumah orang, selamat sikit. Alang-alang ada satu rumah kat situ macam ada buat kenduri kawen, eden nampak ada khemah bagai, so sesuka hati je eden parking kat situ, hehe, selamat kan..

Lepas tu kitorang pon berjalan le kat denai hutan tu. Mula-mula macam hepi je, tapi eden mula rasa takut sikit la sebab tempat tu macam hutan tebal, xde orang pon. Eden bayangkan ramai orang. Tengah jalan tu, tiba-tiba bunyi mende jatuh, apa lagi, cuak le kitorang. Kitorang pon pusing balik, sambil jalan-jalan tu kitorang decide untuk main air kat tempat cetek tu je la, dekat dengan rumah orang. Lepas fikir-fikir balik, mungkin tu binatang biasa ataupon ayam kot, so kitorang pergi balik ke jalan tu untuk teruskan perjalanan ala-ala lengang mak limah. Tiba-tiba bunyi binatang menderam, macam bunyi BAB 1 je, eden cakap kt kawan eden. Apa lagi, kitorang pusing balik, jalan laju, kawan eden kata jangan lari, takut menatang tu dengar, bahaya tu, nak-nak kalau yang ada anak, memang garang le, dua tiga kali juga la bunyinye. Mengah tau berjalan laju.Lepas tu kitorang decide untuk naik motor je la, kalau emergency boleh pecut laju. Jadi, kali ke -3 barulah betul-betul kitorang masuk sampai jumpa signboard jambatan runtuh tu. Jauh juga rupanya, kalau berjalan kaki entah bila lah kitorang sampai, dalam 45 minit kot kalau berjalan kaki, tu pon sampai dekat jamabatan runtuh tu je.

Sampai kat situ kitorang tangkap-tangkap gambo, main-main air sat. Ingatkan takmo mandi, baju pon tak bawa, tapi terliur tengok air yang jernih kehijaun, apa lagi, berendam je la. Sejuk woo!
Air yang kehijauan tu kat belah kanan

Mula-mula sampai, beliau takmo cabut helmet


Eden nampak ikan puyu kat sini

Damai nye


Syok-syok kitorang mandi sambil bergosip, tiba-tiba terdengar suara makhluk lain,hehe, orang lain. Rupanya orang baru datang nak bermandian kat sini. Ada satu family naik hilux datang, disebabkan jambatan runtuh, diorang rentas kat sini untuk masuk ke dalam lagi. Baru eden tahu, rupa-rupanya kene masuk dalam lagi kalau nak jumpa air terjun cantik! Lepas tu ada pula sekumpulan lagi, macam student, datang nak masuk ke berkelah, lepas tu makin ramai manusia, ada yang dok makan nasi kat tepi, terliur pulak. Kitorang pon rasa teringin nak masuk kedalam lagi, nak tengok macammane rupanya tempat ni. Jadi, kitorang rentas air dan berjalan kaki, lepas tu nampak la tapak rekreasi. Cantik juga tempatnya


Kawan eden berposing

Lepas tu kitorang berjalan lagi kedalam. Dah macam jungle trekking pulak. Ada denai bersimen kat sini. Tengah berjalan tu, terjumpa la pokok periuk kera, menarik kan! Kat sini pon ada banyak pokok Melaleuca cajuputi . Kalau sesiapa nak cari pokok ni sebagai sampel untuk eksperimen, boleh datang kesini. Dalam perjalanan tu juga eden ternampak 3 spesis semut, tapi eden sempat tangkap gambar 1 jenis je.2 spesis semut hitam kecil dan 1 spesis semut hitam besar yang tak berbisa (selalu budak-budak buat main lumba masa eden kecil dulu).

Periuk kera

Spesis semut hitam sedang bekerja

Kitorang berjalan sampai air terjun 1 je. Sampai dah takde denai bersimen. Kalau nak pergi keatas lagi boleh, ada bekas denai orang yang berjalan ke air terjun kat atas. Suasananya memang cantik, dengan pmandangan kabus dan bukit bukau, rasa macam menarik je kalau dapat pergi naik lagi. Tapi kitorang berhenti setakat tu je sebab jauh juga kitorang berdua masuk, terjumpa lagi dengan family yang naik hilux tu, pemandu hilux tu tegur, beraninya naik ke atas, 2 orang je pulak tu. Eden gelak je. Samapi situ je la kitorang naik. Menarik juga trekking ni. Lain kali boleh pergi lagi beramai-ramai.



Spesis-spesis pokok yang menarik perhatian

Tapak air terjun 1

Sampai di denai last yang bersimen
Feeling-feeling bergambar kat tempat tinggi la kononnye

Masa perjalanan balik, kitorang singgah beli keropok lekor dengan pisang goreng (bagus punya diet,hehe). Eden dapat info dari kakak yang jual pisang goreng tu, dia kata orang yang pergi masuk kedalam tu kebanyakannya naik lori, xpon hilux. Kena tunggu kat kedai makan dekat masjid kampung ni. Kena inform orang kedai makan tu, dia akan call lori untuk hantar. Xpon orang kedai tu hantar pakai hilux. Bayaran dalam rm6-7 satu kepala. Macam tu rupanya, baru tau, eden pergi main taram je, hehe. Naik motor pon ok ape. Lain kali kalau nak pergi ramai-ramai, boleh le naik lori, untuk bercamping kat Hutan Lipur Berkelah ni!




No comments:

Post a Comment