Wednesday, 11 September 2013

mermaid: what do you think?






mermaid- the body found



                                                mermaid- full episode ( the body found and new evidences)

Saturday, 31 August 2013

Aktiviti unit beruniform: Sispa

eden waktu first degree dulu, eden involved dengan siswasiswi pertahanan awam (Sispa). eden mmang minat dengan benda benda macma ni, maklumlah dulu-dulu suka main perang prang, jadi minat gila nak masuk unit beruniform. Berangan nak masuk suksis la, palapes la, sispa memang eden tak pernah dengar dan tahu. Eden tahu pasal ni pon waktu hari koko untuk first degree student. eden nak masuk suksis tak dapat sebab, well tak cukup ketinggian, obviously!..Eden masuk sispa sebab intipati unit ni macam menarik, plus i dont have to be tall to enter it!!!

 Waktu kursus bakal pegawai di ALPHA bangi, kene berlatih kawad tongkat, peenaaat!
Latihan mengendali alatan

 orang gila, erk..ni sewaktu latihan menyelamat asas kebakaran
 menyembur air..bergambo je lebih, hehe
Sewaktu latihan medan

Sewaktu latihan medan

Latihan mengendali alatan


Sewaktu kursus

Kursus

Inilah kami

Anggota yang perlu diselamatkan

waktu ni ular ni buang ayak kt eden pulak

Habis kursus di Alpha bangi

Banyak yang dilalui sepanjang 3 tahun.. semuanya kenangan..Macam-macam info dan latihan diberi.. Terima Kasih JPAM, especially JPAM Terengganu.

Jatuh motor!

Hari semalam (Jumaat, 30/8) memang hari bersejarah untuk eden. Bukan sebab hari ni hari merdeka, tapi sebab jatuh motor semalam!!!!! Memalukan betul. Pagi tu kawan eden ajak eden pergi east coast mall. Bukan pergi berjimba-jimba pon, pergi beli meal replacement kat GNC. Eden ahli GNC, jadi boleh la dia dapat diskaun pakai member card eden.

Jadi, pagi-pagi tu eden bersiap, pukul 9 nak gerak dari kampus ke ECM (east coast mall). Lepas tu eden bru teringat eden lama tak bawa motor, jadi mungkin payah nak hidup motor ni, alamat terlewat le sket pi kluar ni. Eden tak warm up pon motor eden, dah start, eden trus gerak. Memang le ada semput-semput sket, tapi selalu ok je. Dari hostel eden, nak ambil kawan, kene ambil dia di kampus dalam. Eden tinggal kat seberang jalan depan universiti. Jadi kene naik jejantas ke kampus dalam. Guna jalan biasa pon boleh sebenarnya, cuma eden nak cepat, kalau guna jalan biasa kene uturn bagai, jauh sikit jalannye. Lagi satu option, lintas je bawah jejantas tu, tapi eden tak nak amik risiko, penat je JKR buat jejantas tu untuk keselamatan student, tak ikut rugi je.

Nak dijadikan cerita, waktu nak naik ke jejantas tu, motor eden semput sikit di cenuram, jadi terundur dan eden terbrek, so, imagine la apa yang jadi! Skreeet!!!... eden tergolek dok kat situ. Dah le tempat eden jatuh tu dekat dengan bus stop, pagi -pagi ramai pulak orang dekat situ..malu gila. Eden cepat-cepat cuba angkat motor , huhu, gigih tau, tapi motor tu berat, amik masa sket. Berlari la, 3 orang pakcik guard yang jaga hostel tu tolong eden...huhu, eden malu gila, tapi eden gelak2 sebab nak coverina. Thanks kat pokcik guard. Tolong angkat motor, cek kan moto and tanya eden ok ke tak. huhu, eden terkena 'shocking' je, sebab tangan eden menggeletar. cedera lain-lain takde. pastu pakcik guard tu cheer kat eden, naik moto tu trus press je minyak, takyah undur2, huhu, lepas juga ke kampus dalam. Eden terus pergi ambil kawan dan pergi ECM naik motor. Sebelum ni eden tak pernah pergi ECM dengan motor, selalunya naik bas je, nampak sangat eden tengah shocking!..hehehe..pengajarannye ialah kalau dah lama tak bawa kenderan tu, silalah warm -up dulu and jangan buat benda-benda yang memalukan lagi, hehe..Eden malu sampai rasa taknak pakai baju biru yang eden pakai waktu eden jatuh, sigh! my favourite baju tuh..

P/S: eden memang suka shop waktu hari jumaat coz bila tengahari tak ramai lelaki

Saturday, 24 August 2013

Mari Berkanu (Kayak)

Eden memang minat aktiviti outdoor ni, cuma tak derlah yang extreme mane pon. Eden paling minat aktiviti air la. Snorkelling, kayak, dan renang. Yang extreme2 tu blom try lg. Kalau masuk hutan, memang wajib ke tempat yang ada air..hehe..Dulu eden ada pergi kursus kanu. Dah pergi kursus ni, katenye boleh le kalau nak jadi pembantu jurulatih ke. Eden pergi kursus ni di Kuala Ibai, Terengganu dalam tahun 2010. Bayarannye RM100 je rasenye sebab selebihnya Universiti yang tanggung. Bayaran ni termasuk kelas teori, praktikal, exam, buku teori dan makan minum sekali. Examnye ada 2, praktikal dan bertulis. Time praktikal ni memang hazab.

Perkara yang perlu sebelum belajar berkayak (kayak ni salah satu cabang kanu) ialah seseorang tu perlu tahu berenang. penting la kan. Kalau kayak terbalik, nak kene berenang juga. taoi jurulatih akan ajar juga teknik asas renang. Jadi, eden dengan kawan-kawan memang kene rendam kat are dekat dengan bawah jambatan Sultan Mahmud, tu. Muka, jangan cakap la, bukan setakat hitam, mengelupas lagi.

Lepas tu, diajar teori dan pegang pendayung atas darat. Ada la diajar beberapa teknik dayung (boleh rujuk buku kayak penulisnye orang Malaysia juga. Lepas tu, barulah avtivit yang ditunggu, turun ke laut berkayak. Best memang lah best, tapi sakit tangan jangan cerita la, sebab kene aplikasikan teknik. Belajar rescue paling penat.Eden dah le pendek, waktu kene terbalikkan kayak tu, hazab juga nak pusingkan balik. Perlu cepat-cepat sebelum air masuk ke dalam kayak, kalau tidak berat, kena tolak dengan satu tujahan pantas. Eden dalam hati, kalau betul-betul berlaku kayak terbalik waktu eden tengah berkayak, mau je eden tinggal kayak tu, berat kot...haha

Kayak untuk berlumba macam di sukan rasmi, selalunya jenis kayaknye lain. Muncungnya lebih tirus. Kalau beginner memang kena banyak berlatih imbang badan dengan kayak tu sebab kayak tu mudah terbalik berbanding kayak biasa. Sape yang suka sukan air ni, boleh la try pergi kursus kayak, memang banyak benda yang kita boleh tau!

 Ni lah tempatnye, di Kuala Ibai, terengganu.


Posing je lebih

 Waktu air surut

 Sedang berlatih

Dengan kawan-kawan eden. Muke macam kanak-kanak ribena je memasing.


Thursday, 22 August 2013

Sherlock Holmes: Benedict Cumberbatch

Baru-baru ni, eden dok cari cerita Sherlock Holmes sebab dah lame tinggal. Dulu masa sekolah menengah, eden memang suka baca buku penyiasatan, lagi -lagi Sherlock Holmes by Sir Arthur Conan Doyle, tapi tak pernah berminat nak tengok yang di lakon kan.

Kat rumah baru ni tertengok la Sherlock Holmes : Game of Shadows di lakonkan oleh Robert Downey Jr as Sherlock Holmes dan Jude law as Dr John Watson (pergh, memang handsome la Jude Law ni). Terus eden berminat nak cari lagi movie dan cerita bersiri. Jadi terjumpalah Sherlock Holmes BBC UK.

Sherlock Holmes yang di BBC ni lain sikit sebab menunjukkan Sherlock Holmes di zaman moden bukannya 19th century. Memang genius lah penulis skrip tu. Ini menunjukkan watak Sherlock Holmes tu mmang versatile zaman-berzaman. Apa yang eden amati, watak Sherlock ni memang jenis lelaki zaman-berzaman. Cara brpakaiannya, interaksi dan pemikirannya.

Berbalik pada cerita Sherlock Holmes BBC tu, apa yang menjadikan watak tu terus berhidup sebab mungkin lakonan pelakon tu sendiri, Benedict Cumberbatch as Sherlock Homles dan Martin Freeman as Dr, John watson. Kalau sesape perasan, Martin Freeman ni berlakon dalam Hobbit as Bilbao baggin!
Tak rugi kalau tengok Sherlock Holmes versi ni, memang seronok sebab dapat tengok kehidupan Mr Holmes di zaman IT ni..lagi satu watak Sherlock tu sendiri. Ini link BBC tu http://watchsherlockonline.net/

Skarang baru ada 2 season je. Season 3 akan dilacarkan dalam tahun ni juga. Tak sabar menunggu kesinambungannya. Pelakon benedict Cumberbatch ni ada berlakon Star trek into darkness sebagai Khan. banyak juga lakonan dia yang gempak sebelum ni seperti Hawking as Stephen Hawking, dalam Atonement pegang watak jahat.






Benedict Cumberbatch as Sherlock Holmes


Martin Freeman as Dr John Watson

Poster Sherlock oleh die-hard fans

Mr Holmes looking for clue


Tengah memikir: nak masak gapo deh hari ni, hehe

Salah satu talents Mr Holmes (in the novel), ilike!









 Jangan lupe tengok i tau!

Thursday, 15 August 2013

Sampling Lata tembakah




Tahun 2010 dulu, eden kena pergi sampling untuk course ekologi di Lata Tembakah di Terengganu. Satu coursemate kena pergi. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan kena buat tajuk berlainan berkaitan ekologi di Lata Tembakah. Group eden buat tajuk serangga sebagai bioindicator di kawasan air terjun Lata Tembakah.

Bermula lah hari pertama kami cecah kaki ke sungai. Memang sejuk lah. Kami ambil sampel serangga di kawasan bawah hingga ke kawasan atas menggunakan beberapa alat yang di bawa. Sebelum ambil sampel serangga, kami perlu cek pH, suhu, salinity, keadaan arus dan saiz sungai.


Tengah sorting jenis serangga yang terdapat di sesuatu kawasan air terjun


Cantikkan air terjun ni

Air terjun ni ada lapan tingkat. Bayangkanlah, penat juga mengutip dan sorting serangga.Lepas tu kena bawa balik ke base camp sebab nak knalpasti jenis, lihat menggunakan mikroskop, sampai juling biji mata. Kena kira sayap, macam-macam fetures, lukis pon kena. Ada jenis serangga, memang resminya suka duduk di kawasan air bersih, ada yang resminya suka duduk di kawasan air kotor. Ini dapat tentukan keadaan air di kawasan sungai trsebut.


Chalet yang kami duduk

Posing sikit

Hasil sampling kami, di dapati kawasan yang tak ramai orang, kebanyakannya banyak jenis serangga yang di dapati dan juga yakin air nya juga bersih. Kawasan yang selalunya ramai orang pergi, selalunya tak berapa berapa banyak serangga, tapi tahap kekotorannya tak lah teruk sangat. Kesimpulannya, kebersihan air di kawasan Lata Tembakah ni masih lagi terjamin bersih. Ekologinya masih terjaga!